? ??????????????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.4 (106 Ratings)??102 Grabs Today. 30385 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Skulls (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.7 (71 Ratings)??101 Grabs Today. 43636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 17, 2009

Untuk Renungan Bersama....

Salam pada semua sahabat handai diluar sana...

Dua, tiga hari lepas my ex boss Syed Zainal Abidin Al Attas sempat meluangkan masa untuk share with me 4 JENIS FITNAH...nak tahu? Jom ikuti renungan ini....

4 jenis fitnah...baik pada perempuan mahupun lelaki:
Fitnah disini adalah yg bermaksud elemen yag menyuburkan nafsu tidak baik:

1. Kemewahan 2. Keseronokan 3. Kelalaian (masa) dan
4. Kecantikan atau Perempuan.

Di antara 4 musuh di atas...yg paling sukar dibendung kerana terlindung dibelakang tadbir pakaian, kejelitaan, kesopanan dan kefemininan adalah PEREMPUAN.....

Perhatikan....gugurnya Adam ke bumi adalah godaan nafsu ke atas Hawa....
hanya kerana kecantikan dan kelalaian ke atas sebiji buah yg dinamakan bual kaldun....
Adam 'terikut' dgn Hawa.... begitu juga...godaan perempuan (termasuk segala sifat hasad dengki, cemburu dsb) yang tidak terbatas kepada Adam sahaja.... ia turut meliputi Hawa dgn Hawa.....
apalagi ianya disaluti dengan kecantikan, kemewahan, keseronokan dan kelalaian....seperti 4 elemen yang di atas....

Maka 4 elemen ini mesti dibatasi dengan Kesyukuran kepada yang Memberi kepada si Penerima....

Wallahu Alam Bis sawab....

Oleh itu sahabat-sahabat semua marilah kita sama-sama RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...(pinjaman kata-kata Prof. Izzy Hj Ali)

Tuesday, July 14, 2009

KAWAN......


Kawan

apakah nilai persahabatan antara kau dan aku?

aku tak mengerti dan masih tidak mengerti

apa dibenak fikiranmu

Kawan

bagiku engkaulah cahaya terang

menyinariku ketika dalam kelam

menyuluh ketika ku sesat mencari jalan pulang

Kawan

pedih dan pilu mengisi ruang hatiku

mengapa? kenapa? ku masih tak mengerti.....

mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi

Kawan

telah ku tilik mencari punca

apakan daya ku hanya manusia biasa

maaf kiranya ku khilaf dalam persahabatan ini

Kawan

persahabatan yang telah lama disimpul

kini terungkai dik arus keadaan

tiada titik mahupun noktah pengakhiran

Kawan

jasamu takkan ku lupa

carilah kebahagian disamping temanmu yang lebih baik dariku

hanya sekeping doa mengiringi kebahagianmu KAWAN.........

Monday, July 13, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Friday, July 10, 2009

CERITA SERAM...

Hari ni jenuh makan. Makan apa? Bermacam jenis lauk pauk semuanya ala-ala kampung gitu. Kenyang memang kenyang, malam ni kena all out latino dance kalau tak buncit la jawabnya (if Ms Ross baca post ni jgn marah ha....). Sebelum makan tengah hari tadi, kita orang ada buat bacaan Yaasin untuk 'melestarikan' office ni, banyak sangat gangguannya. Ntahlah yang baik atau yang jahat tapi yang pasti 'mereka' tetap ada. Selalunya tak pernah lagi terasa usikan atau seangkatan dengannya, tapi tadi semasa bacaan Yaasin memang ada yang mengusik, terasa kerusi bergetar seperti ditolak dan mata tak boleh buka tersangat mengantuk. Wallahhualam...hanya Allah saja yang mengetahui. Seraaaam....


Jom tengok makanan yang disajikan....

Mix Vegetables by Chef Izan, Gulai Ikan bawal & sambal belacan
by Chef 'Ton' with ulam & tempoyak hmmm fantastic!


Ikan Bilis masak Acheh by Chef Surmawati
& Udang Perter by Chef Nasibah


This is my boss Anuar Ibrahim (kaki makan gulai ikan
a.k.a kepala ikan) kat sebelah tu Noor AAini Ismail
bos Unit Pembangunan Organisasi & Pentadbiran


Kekawan office.....sempat lagi posing

Monday, July 6, 2009

JOM BUAT ROTI

Last Friday ada demo buat roti oleh Kak Wan, from Amway & memasak guna pressure cooker. Pressure cooker tu normallah semua orang dah tahu. Yang paling teruja pada hari tu ialah demo buat roti. The bread is so soft and tasty (buat sendiri sedaplah) dan yang paling penting mudah, cepat dan khas untuk orang-orang yang suka memasak tetapi malas he!he!he! just joking. Saja nak share dengan u all demo hari tu, check it out......


Cara 1 : Selepas bahan-bahan dengan sukatan yang betul dimasukkan ke dalam bekas pembakar masukkan ke dalam oven khas untuk buat roti kemudian keluarkan doh tersebut.
Cara 2: Potonglah doh tersebut mengikut saiz yang diperlukan untuk buat sardine bun. Hmmm yummy! Satu lagi jenis roti ialah sausage roll, hmmm jangan tak tahu sedap tau, nampak jer camtu! Lepas tu masukkan semula ke dalam oven dan bakar sehingga masak. Keluarkan sapulah butter untuk mencantikkan lagi bun tersebut. DONE! ITS SO EASY! Wanna try? Any comment?

Thursday, July 2, 2009

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti