? ??????????????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.4 (106 Ratings)??102 Grabs Today. 30385 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Punk Skulls (Animated)? ????? ?? ???Rating: 4.7 (71 Ratings)??101 Grabs Today. 43636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua rakan-rakan pembaca budiman

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN


SAYANG U ALL!!!

Tuesday, September 15, 2009

Gambar-Gamber Berbuka Puasa di Jerejak Resort, Penang
















Tuesday, September 8, 2009

Ni pun salah satu e-mel yang aku dapat. Papan iklan yang sungguh lawak kalau ikut versi melayu Kedai Kasut "Kangkang"





Salam untuk sahabat handai diluar sana.

Bacalah renungan di bawah moga-moga kita dapat mengerjakan lebih banyak ibadat pada ramadhan yang mulia ini.

Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A.. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S..A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Friday, September 4, 2009

From Freeda's Kitchen

Mai la jengok-jengok dapur kite hari ni. Semalam untuk berbuka puasa ntah dah tak tau nak makan apa selain nasi. Fikir punya fikir teringin pulak nak makan murtabak maggie. My sis in-law punya la pulun masak gulai udang. Jam di dinding semakin berjalan tetiba dah pukul 7.10 hmm apa lagi sepantas kilat Chef Freeda masuk dapur he he he, siap tepat jam 7.24 seminit lagi nak berbuka. Kepada yang tak tahu nak buat murtabak maggie bolehlah salin resepi kat bawah (senang gila) cuma perlukan maggie perisa kari, daun sup&bawang, bawang besar dan telur.


Resipi Murtabak Maggie



Caranya:
Celur Maggie hingga lembut (sepeket)

Pukul Telur (2 biji) dan masukkan daun bawang & sup
(ikut suka banyak mana), bawang besar dan perasa maggie
dan seterusnya maggie yang telah dicelur (mix them together)

Panaskan kuali, minyak agak-agak dan masukkan semua bahan-bahan di atas bila dah nampak garing sikit balik-balikkan.


SELAMAT MENCUBA.......

Thursday, August 6, 2009

Berkursus di Langkawi

Salam to all of you,

I just came back from Langkawi berkursus di sana. Bertolak jam 7.50 pagi dengan pesawat FireFly (actually not bad, ok flight tu). Menginap di Hotel City Bayview, Kuah.




Makam Mahsuri

First visit was Makam Mahsuri, I did feel the goosebump while entering the thomb. Mungkin sebab ramai orang buat perkara-perkara khurafat kat situ, and one more thing i realise ada pokok kekabu, orang kata pokok tu langsuir suka tak tahulah.



Then a cable car trip up Mount Mat Cincang. Wow amazing! Cantik sungguh scenery kat atas tu (tak caya tengok gambar). Ju and me decided this time kena menapak juga ke tempat Shahrukh Khan 'fight' dalam filem DON. As a Malaysian Citizen i'm so proud of it tapi sungguh memalukan tandas dia fullamak bau-bauan yang 'harum semerbak' dan tak nampak macam tandas 'world class'. Whatever it is, PLEASE pihak-pihak yang berkenaan do something about it. Malu kat pelancong....


Then at night we went to Pantai Chenang, twice. COOL! Macam kat Bali pulak rasanya. Tak payah berhabis duit kat Bali, Langkawi pun not bad. Kedai banyak yang buka sampai jam 11.00 malam. Regret tak ambil gambar kat situ......



Ronda pun ronda jugak, but the main agenda there is the bengkel. Second and third day bengkel memang best tambah-tambah dengan Prof. Izi Hj. Ali. Ingat tak tag line dia "RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL". Tak kering gusi dari mula sampai habis.

Hari ketiga lepas ceramah oleh Pn Hjh Maimunah Hj Mohamad terus lunch dan siap-siap untuk balik Penang. Flight delay from 7.15 to 7.50 and it was a nightmare kat atas tu. Macam naik roller coaster cuaca buruk that Saturday. Finally, landed dengan selamat dan terbayang wajah-wajah yang ku sayang sedang menunggu ketibaan ku......


Selamat Jalan.....

Friday, July 17, 2009

Untuk Renungan Bersama....

Salam pada semua sahabat handai diluar sana...

Dua, tiga hari lepas my ex boss Syed Zainal Abidin Al Attas sempat meluangkan masa untuk share with me 4 JENIS FITNAH...nak tahu? Jom ikuti renungan ini....

4 jenis fitnah...baik pada perempuan mahupun lelaki:
Fitnah disini adalah yg bermaksud elemen yag menyuburkan nafsu tidak baik:

1. Kemewahan 2. Keseronokan 3. Kelalaian (masa) dan
4. Kecantikan atau Perempuan.

Di antara 4 musuh di atas...yg paling sukar dibendung kerana terlindung dibelakang tadbir pakaian, kejelitaan, kesopanan dan kefemininan adalah PEREMPUAN.....

Perhatikan....gugurnya Adam ke bumi adalah godaan nafsu ke atas Hawa....
hanya kerana kecantikan dan kelalaian ke atas sebiji buah yg dinamakan bual kaldun....
Adam 'terikut' dgn Hawa.... begitu juga...godaan perempuan (termasuk segala sifat hasad dengki, cemburu dsb) yang tidak terbatas kepada Adam sahaja.... ia turut meliputi Hawa dgn Hawa.....
apalagi ianya disaluti dengan kecantikan, kemewahan, keseronokan dan kelalaian....seperti 4 elemen yang di atas....

Maka 4 elemen ini mesti dibatasi dengan Kesyukuran kepada yang Memberi kepada si Penerima....

Wallahu Alam Bis sawab....

Oleh itu sahabat-sahabat semua marilah kita sama-sama RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...(pinjaman kata-kata Prof. Izzy Hj Ali)

Tuesday, July 14, 2009

KAWAN......


Kawan

apakah nilai persahabatan antara kau dan aku?

aku tak mengerti dan masih tidak mengerti

apa dibenak fikiranmu

Kawan

bagiku engkaulah cahaya terang

menyinariku ketika dalam kelam

menyuluh ketika ku sesat mencari jalan pulang

Kawan

pedih dan pilu mengisi ruang hatiku

mengapa? kenapa? ku masih tak mengerti.....

mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi

Kawan

telah ku tilik mencari punca

apakan daya ku hanya manusia biasa

maaf kiranya ku khilaf dalam persahabatan ini

Kawan

persahabatan yang telah lama disimpul

kini terungkai dik arus keadaan

tiada titik mahupun noktah pengakhiran

Kawan

jasamu takkan ku lupa

carilah kebahagian disamping temanmu yang lebih baik dariku

hanya sekeping doa mengiringi kebahagianmu KAWAN.........

Monday, July 13, 2009

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah

Friday, July 10, 2009

CERITA SERAM...

Hari ni jenuh makan. Makan apa? Bermacam jenis lauk pauk semuanya ala-ala kampung gitu. Kenyang memang kenyang, malam ni kena all out latino dance kalau tak buncit la jawabnya (if Ms Ross baca post ni jgn marah ha....). Sebelum makan tengah hari tadi, kita orang ada buat bacaan Yaasin untuk 'melestarikan' office ni, banyak sangat gangguannya. Ntahlah yang baik atau yang jahat tapi yang pasti 'mereka' tetap ada. Selalunya tak pernah lagi terasa usikan atau seangkatan dengannya, tapi tadi semasa bacaan Yaasin memang ada yang mengusik, terasa kerusi bergetar seperti ditolak dan mata tak boleh buka tersangat mengantuk. Wallahhualam...hanya Allah saja yang mengetahui. Seraaaam....


Jom tengok makanan yang disajikan....

Mix Vegetables by Chef Izan, Gulai Ikan bawal & sambal belacan
by Chef 'Ton' with ulam & tempoyak hmmm fantastic!


Ikan Bilis masak Acheh by Chef Surmawati
& Udang Perter by Chef Nasibah


This is my boss Anuar Ibrahim (kaki makan gulai ikan
a.k.a kepala ikan) kat sebelah tu Noor AAini Ismail
bos Unit Pembangunan Organisasi & Pentadbiran


Kekawan office.....sempat lagi posing