Salam pada semua sahabat handai diluar sana...
Dua, tiga hari lepas my ex boss Syed Zainal Abidin Al Attas sempat meluangkan masa untuk share with me 4 JENIS FITNAH...nak tahu? Jom ikuti renungan ini....
4 jenis fitnah...baik pada perempuan mahupun lelaki:
Fitnah disini adalah yg bermaksud elemen yag menyuburkan nafsu tidak baik:
1. Kemewahan 2. Keseronokan 3. Kelalaian (masa) dan
4. Kecantikan atau Perempuan.
Di antara 4 musuh di atas...yg paling sukar dibendung kerana terlindung dibelakang tadbir pakaian, kejelitaan, kesopanan dan kefemininan adalah PEREMPUAN.....
Perhatikan....gugurnya Adam ke bumi adalah godaan nafsu ke atas Hawa....
hanya kerana kecantikan dan kelalaian ke atas sebiji buah yg dinamakan bual kaldun....
Adam 'terikut' dgn Hawa.... begitu juga...godaan perempuan (termasuk segala sifat hasad dengki, cemburu dsb) yang tidak terbatas kepada Adam sahaja.... ia turut meliputi Hawa dgn Hawa.....
apalagi ianya disaluti dengan kecantikan, kemewahan, keseronokan dan kelalaian....seperti 4 elemen yang di atas....
Maka 4 elemen ini mesti dibatasi dengan Kesyukuran kepada yang Memberi kepada si Penerima....
Wallahu Alam Bis sawab....
Oleh itu sahabat-sahabat semua marilah kita sama-sama RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...(pinjaman kata-kata Prof. Izzy Hj Ali)
Friday, July 17, 2009
Untuk Renungan Bersama....
Posted by RAFIDAH at 1:59 PM 0 comments
Tuesday, July 14, 2009
KAWAN......
apakah nilai persahabatan antara kau dan aku?
aku tak mengerti dan masih tidak mengerti
apa dibenak fikiranmu
Kawan
bagiku engkaulah cahaya terang
menyinariku ketika dalam kelam
menyuluh ketika ku sesat mencari jalan pulang
Kawan
pedih dan pilu mengisi ruang hatiku
mengapa? kenapa? ku masih tak mengerti.....
mungkin ada hikmah sebalik apa yang terjadi
Kawan
telah ku tilik mencari punca
apakan daya ku hanya manusia biasa
maaf kiranya ku khilaf dalam persahabatan ini
Kawan
persahabatan yang telah lama disimpul
kini terungkai dik arus keadaan
tiada titik mahupun noktah pengakhiran
Kawan
jasamu takkan ku lupa
carilah kebahagian disamping temanmu yang lebih baik dariku
hanya sekeping doa mengiringi kebahagianmu KAWAN.........
Posted by RAFIDAH at 5:45 PM 0 comments
Monday, July 13, 2009
MEMBUKA PINTU REZEKI
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... . " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Posted by RAFIDAH at 2:51 PM 0 comments
Friday, July 10, 2009
CERITA SERAM...
Posted by RAFIDAH at 1:25 PM 0 comments
Monday, July 6, 2009
JOM BUAT ROTI
Last Friday ada demo buat roti oleh Kak Wan, from Amway & memasak guna pressure cooker. Pressure cooker tu normallah semua orang dah tahu. Yang paling teruja pada hari tu ialah demo buat roti. The bread is so soft and tasty (buat sendiri sedaplah) dan yang paling penting mudah, cepat dan khas untuk orang-orang yang suka memasak tetapi malas he!he!he! just joking. Saja nak share dengan u all demo hari tu, check it out......
Cara 1 : Selepas bahan-bahan dengan sukatan yang betul dimasukkan ke dalam bekas pembakar masukkan ke dalam oven khas untuk buat roti kemudian keluarkan doh tersebut.
Posted by RAFIDAH at 5:31 PM 0 comments
Thursday, July 2, 2009
Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Posted by RAFIDAH at 10:48 AM 0 comments